Alat Ini Dapat Membersihkan Kulit Kepala Dengan Lebih Efektif – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

Alat Ini Dapat Membersihkan Kulit Kepala Dengan Lebih Efektif

Pernah tak rasa kulit kepala berminyak dan tak selesa? Gatal-gatal dan berkelemumur?

Mungkin disebabkan oleh lebihan produk atau disebut 'build-up' daripada minyak rambut terutamanya yang jenis oil-based. Jadi, bagaimana nak kurangkan atau hilangkan terus build-up dari kulit kepala dan rambut?

Memang betul guna shampoo dapat hilangkan build-up. Tapi tak semua shampoo mampu hilangkan sepenuhnya. Shampoo juga ada beberapa tahapnya. Contoh, mild shampoo (lembut dan sesuai utk kegunaan harian) dan deep-cleansing shampoo (harsh dan sering digunakan sebagai degreaser). 

Untuk topik kali ni, kita gabungkan mild shampoo dengan 'alat' ni.

Alat apa tu?


SHAMPOO SCALP BRUSH/MASSAGER

Scalp Massager

Nampak macam biasa je. Tapi ia mampu membersihkan kulit kepala jauh lebih baik dari jari-jari anda. Macam kita cuci lantai lah, gosok guna kaki je tak effisyen berbanding guna berus. Ye tak? haha. Plus, boleh dijadikan sebagai massager juga untuk improve blood circulation yang mana dapat meningkatkan hair growth! Kulit kepala pun bersih, kelemumur makin berkurangan.

Scalp Brush

Nampak kan fungsinya?

Harga tak perlu risau. It will not break your bank! Range bawah RM10 dan bawah RM5 pun ada. Lainlah kalau anda cari yg jenis bermotor (guna bateri)..huhu. Oh satu lagi. pastikan bush jenis silikon sebab lebih lembut untuk kulit kepala berbanding plastik.

Saya pernah beli benda ni di Daiso..kualiti pun elok.

Tak perlulah guna shampoo yang 'harsh' lagi lepas ni. Thumbs Up!

Lepas ni pakat2 cari benda alah ni utk kulit kepala yang lebih bersih dan sihat!

Cari di Shopee.com.my, Lazada.com.my



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.