SEBAB TAK PANDAI BERGAYA, AKU SENDIRIAN DI PENJURU DEWAN – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

SEBAB TAK PANDAI BERGAYA, AKU SENDIRIAN DI PENJURU DEWAN

Ini kisah benar. Ingat lagi dulu2 aku ada pegi satu event kat Shah Alam. Tengok orang yang datang smua high class. Pakai blazer, formal shoes, rambut smart, happy je gelak sakan dan bergambar. Tapi aku sebaliknya. Hmm..Baju biasa2 je. Seluar banyak fabrik lebih. Asyik repeat outfit sama sampai lusuh..Kasut jenis petak. Nak bergaya tak reti sangat.

Rambut aku? Huhh! Jangan cakap la. Memang jauh beza bro.. Kering, kembang macam baru keluar gua sebab tak tahu pilih produk yg sesuai. Senduuu dihati!..Tipu la tak rasa malu. Nak bertegur sapa pun rasa mcm ahh tak payah la! 😥

Nasib baik kt tangan ada segelas minuman dengan phone. Just buat2 scroll insta bagi nampak busy skit kat penjuru dewan. Padahal data dah habis! 😂  

Lepas tu aku fikir "Macamana nak jadi smart macam diorg eh? Mesti kena pakai banyak duit kan?"

Kemudian datang seorang mamat ni minta tolong aku tangkapkan gambar dengan member dia. Amboilah. Mujur mood aku baik. Maybe itu cara dia nk approach aku yang nampak lonely. Dia pun ajak aku duduk sekali dengan dia. Selesa sikit bila dapat member. Rasa diterima jugak lah. Haha. Aku tengok rambut diorg memang lawa seyh. Clean and under control. Takde rupa sabut kelapa macam aku ni..Rasa nak pijak2 je tengok rambut sendiri 😂

Aku try la korek rahsia diorang. Kot2 selalu pegi salon ke kan? Sembang punya sembang, ghupenye diorg pakai Claymation by Hanz De Fuko yang 90 hinggit tu. 😖 Choii mimpi jelah nak pakai minyak rambut harga tu! Waktu tu aku pakai murah2 je. 💸

Oleh sebab nak jadi macam diorg, aku nekad juga beli. Mahal pun lantak la. Pejam mata gak masa nak bayar clay tu. 😌 Huhu..1st time la katakan (time tu Cavalier clay belum wujud). Bila pakai baru aku faham kenapa orang sanggup bayar harga gaban tu 🤔

Start pada tu, aku belajar upgrade penampilan..experiment itu ini..slowly but surely..sekarang alhamdulillah better dari sebelum ni. Yang penting ada usaha! Perubahan yang baik tak datang bergolek.

Nak kata perfect tu memang tak. Tapi aku dapat rasa bila penampilan makin elok, emosi kita akan lebih positif. Energy pun tinggi! Baru semangat! Setuju kan? 😀

Untuk korang masih rasa sendu tu, cuba mulakan dengan styling dan jaga rambut. Lagi mudah nak manipulate hairstyle berbanding keluar belanja beli outfit baru selalu. Tak apa, step by step. Keep learning.

Mungkin korang boleh start dengan Earth Genesis Clay Pomade dulu. Ada ciri2 claymation dan cavalier. Trial pack pun ada ni (9 hinggit 9 posen je) so korang tak perlu belanja banyak terus setakat nk cuba2 aje. Ok ke ok?

Klik gambar dibawah untuk details.

egcp red border trial.jpgegcp red border.jpg

Trial Pack | Earth Genesis Clay Pomade 12g | RM9.90 | Free Shipping



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.