Rupa Rambut Syaf Bila Tak Pakai Produk? – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

Rupa Rambut Syaf Bila Tak Pakai Produk?

Ada yang kata "Alaa..rambut Syaf memang dah lawa. Pakai produk apa2 pun memang la lawa"

Ada juga yang kata "Mesti ada buat treatment rambut kan sbb tu cantik je rambut"

Hehe..tu lah korang. Suka buat andaian sendiri. So harini, terpanggil pula nak 'belanja' gambar rambut Syaf bila air-dry. Tak blowdry dan tak apply product. Lepas mandi just sikat je. That's all.

Rambut Tanpa Blowdry dan Produk

Keras macam dawai. Tahap degil dia macam perangai orang yang keluar rumah waktu kuarantin #covid19

Bila kita tengok dekat sini, rambut ada volume. Cuma volume tu tak terkawal sebab rambut kasar ni macam suka hati dia je nak pegi mana2..haha that's the challenge untuk rambut tebal & kasar!

Syaf saja nak share benda ni sebab dengan teknik dan produk yang betul, kita memang boleh buat rambut nampak kemas. 

Seriously Syaf just guna 2 tools dan 1 styling product. Tak ada prestyler atau hair spray.


Tool 1: Blowdryer with nozzel. High heat, high speed. Recommend power spec 1800W keatas

Tool 2: Vented brush untuk stretch rambut semasa blowdry supaya wavy tu berkurang. Dan guna sikat yang sama untuk styling

Just pastikan brush tu heat-resistant so that tak bengkok atau cair masa blowdry.

Styling Product: Earth Genesis Clay Pomade


Beberapa tahun lepas ada juga buat hair relaxing dekat saloon. Tak silap harga RM125 macam tu lah. First day buat relaxing memang happy sebab tak pernah rasa rambut lurus. But at the end, menyesal sebab volume terus tak ada. Rambut 'mati pucuk'. Terlalu leper. Haha. So itu bukan style yang Syaf cari. Bentuk muka Syaf lebih sesuai style yang high volume.

That's why Syaf recommend sangat kalau korang ada hair type macam Syaf ni cuba guna tools dan product di atas tadi. Hasilnya korang memang akan puas hati!



Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.