Enigma Elixir. Apa Function Nya? – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

Enigma Elixir. Apa Function Nya?

Apa Enigma Elixir ni?

Enigma Elixir adalah dalam kategori "hair oil" dimana pengunaannya di khaskan untuk mereka yang mengalami masalah rambut kering dan rosak seperti bercabang dan rapuh. 

Enigma Elixir akan memberi benefit yang penting untuk kelembapan rambut dengan menggunakan bahan yang natural. Jika kita lihat pada kebanyakan produk rambut am nya, majoriti menggunakan silicon iaitu bahan yang sama sekali tidak asli untuk menurunkan kos. Tapi tidak untuk Enigma Elixir ini! 

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan hair oil ini adalah:

  • Madacamia oil
  • Grapeseed oil
  • Coconut oil
  • Apricot oil
  • Avocado oil


Mudah Meresap Tak?

Enigma Elixir meresap ke dalam rambut dengan cepat dan tidak memberatkan rambut. Jadi anda boleh gunakan styling product anda seperti biasa.


Bagaimana Nak Guna?

Cara penggunaan: Gunakan dropper untuk meletakkan 6-12 titik hair oil tersebut ke atas tapak tangan anda. Ratakan pada tapak tangan dan sapu pada rambut anda. Anda boleh gunakanya pada rambut sedikit basah atau rambut kering. Jika anda mempunyai rambut yang lebih panjang, tambahkan kuantiti mengikut kesesuaian anda. Gunakan setiap hari untuk hasil yang optimum.


Result Menggunakan Enigma Elixir

Enigma Elixir membantu melembapkan rambut anda dan mengelakkan rambut dari terus rosak disebabkan oleh haba daripada pengering rambut, pelurus rambut dan sebagainya. 

Ia juga akan melembutkan rambut tanpa merasa berminyak, melekit dan berat kerana ia mudah meresap kedalam folikel rambut. Rambut anda akan kelihatan lebih bermaya, berkilat dan sihat!

Enigma Elixir by VRival Pomade

addtocart.png



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.